Chat With Us LIVE!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, December 4, 2012

Cikgu Mona di Al-Attas University of Life




Namaku Munah Musa, tapi Abah panggil aku Mona atau kadang-kadang Cikgu Mona (biasalah...sukahati dia je...Abah..jangan marah ye pinjam ayat Abah). 

Bekerja di sebuah instituisi yang mendidik bakal-bakal guru di Cheras, Kuala Lumpur. Berkunjung ke Taman Hana, Wadi Hussein sudah menjadi rutin kehidupan aku sejak tahun 2001. 

Tahun pertama aku melangkahkan kaki ke tempat ini tanpa sebarang tujuan tapi yang aku tahu ketika itu…keinginan aku untuk melihat lanskap yang dikatakan paling cantik di Malaysia yang telah beberapa kali memenangi Pertandingan Lanskap Negara. 

Aku tidak mengenali siapa Syed Hussein Alattas tapi aku pernah membaca dan memiliki beberapa buah penulisan beliau. Buku pertama yang aku miliki adalah Firasat. Aku suka buku ini dan entah berapa kali aku membacanya. Aku telah mengumpul dan membaca hampir ¾ daripada buku-buku beliau. 

Aku sukakan penulisan beliau yang bersahaja dan “daring”...tapi tersirat dengan pelbagai makna. Hanya jauhari yang mengenal manikam.Kalau anda membaca dengan minda yang terbuka di situ anda akan mengenali diri anda tetapi jika anda membaca penulisan beliau dengan minda yang tertutup...sesen habuk pun anda tak akan dapat menilai apa yang tersirat. 

Jadinya, aku kenal buku baru kemudiannya aku mengenali penulisnya. Pertama kali bertemu beliau hanya berpakaian biasa-biasa saje...berkemeja lusuh dan berkaki ayam...tapi aku tidak terkejut kerana pertama aku pernah melihat gambar beliau dalam buku-buku tulisannya dan kedua aku telah diingatkan oleh Long Jamil (orang pertama yang aku kenal apabila menjejakkan kaki ke Janda Baik) akan keadaan Pak Habib yang memang kadang-kadang suka berkaki ayam apabila berjalan di dalam taman ciptaannya.

            Jam 6.40 petang tanggal 12 November 2012, aku menerima panggilan dari Abah. “Mona please write something for my book University of Life.I’m about to complete the book. I’ve got from others, you saje yang belum tulis apa-apa…so please do as soon as possible.” Aku ok kan saje walaupun dalam hati aku mengerutu kerana suntuknya masa untuk menulis...

what to write???...cari idea..cari idea...apa pun
Abah, thank you kerana memberi ruang dan kesempatan untuk ku coretkan sedikit pengalaman bagaimana aku mengenali Taman Hana, Wadi Hussein. 

Yang tercatat ini adalah penulisan hati yang luhur dan ikhlas dari persepsi seorang pendidik guru dan juga dari mata hati seorang pencinta dan pengiat seni. I’am not a writter tapi insyallah I’ll write this with my heart.

            Pada pertemuan pertama 2001, aku dibawa berjalan mengelilingi Taman Hana. Melangkah dari pintu gerbang aku sudah dapat merasakan kelainan suasana, gerak dan rasa. Melangkah terus ke kawasan lapang  dan perkataan pertama yang keluar dari mulut aku.....subahanalah..this is great heaven!....

Ya Allah aku dapat merasakan seperti dalam ALAM BUANA....syurga...tak pernah aku lihat lanskap yang tersusun dengan tanaman yang indah berwarna-warni, wangian asli dari pokok-pokok dengan deruan air sungai yang mengalir...apa lagi yang harus aku katakan...satu kenikmatan deria yang sangat indah, damai dan tenang. Dalam hati terdetik...siapa orang tua ni...pandai pulak mencipta lanskap seindah ini. 

Pasti Pak Habib ini seorang lanscaper or an architect produk dari mana-mana universiti terkenal. Itu lah yang terlintas difikiran aku pada ketika itu. Dalam aku mengagumi kreativitinya, beliau rupanya hanyalah orang biasa yang bukan pun graduan akitektur atau pereka lanskap dari mana-mana universiti. 

He is really an architect without a plan...apa lagi yang boleh aku katakan. He is a planner with his own minds (bukan nak jet Abah). Orang kata seni itu begitu halus, kaya dengan kreativiti dan keindahannya.Ada juga orang yang bukan orang seni tetapi hatinya penuh dengan kesenian. Begitulah uniknya seni...

Taman Hana tercipta dari tangan dan minda seorang yang bukannya terdidik secara formal dalam bidang senibina dan taman tetapi hati seni yang unik itu telah merealisasikan lanskap minda seni yang sangat mengagumkan. 

   Sejak dari hari itu, aku menanam azam untuk berkongsi keindahan dan keunikan Taman Hana, Wadi Hussein bersama dengan seberapa ramai rakan dan anak didikku. Sesuatu yang baik adalah afdal untuk dikongsikan supaya keindahan ini akan dapat mendidik hati dan minda manusia kearah yang lebih
baik. 

Aku selalu ingat kata-kata Abah, banyak yang kita boleh pelajari dari alam dan sebenarnya dengan melihat kepada alam dan mempelajari rasmi alam, hati akan terdidik secara alamiah (back to nature). 

Alam yang tersedia dengan kelembutan, keindahan, keceraian warna-warninya, keharuaman bauan, ketenangan dan kedamaian akan menjuruskan naluri manusia kearah kebaikan. Jadilah seperti buah rambutan bila dibuka isinya adalah rambutan. 

A simple words, tapi tersirat dengan makna yang mendalam. Bila berdiri di depan pokok kenanga, biarlah baunya juga kenanga bukan mawar atau melor. Hampir setiap tahun aku akan membawa pelajar untuk program-program yang mendekatkan mereka kepada alam. 

Mengapa mereka dibawa ke sini, kerana di sinilah mereka diajar untuk menghargai keindahan alam dan juga aktiviti-aktiviti seni dengan merakam segala keindahan yang ada secara visual. Membentuk sahsiah pelajar dengan kesedaran melalui penghargaan terhadap alam. 

Di sini, aku mengajar pelajar-pelajarku mendisiplinkan diri, menghargai alam, menghayati dan mengenali diri, memahami erti tanggungjawab manusia kepada alam, anak kepada ibubapa dan juga membina jiwa insan pendidik. Ceramah-ceramah Pak Habib tak pernah kering dari mengingatkan mereka akan kesyukuran kepada Yang Maha pencipta yang telah mencipta kita. 


Mengenal erti kasih sayang sesama manusia dan alam...di sini mereka diajar untuk berFIKIR...di sini mereka belajar to be Loving, Giving, Caring, Sharing and Forgiving.


No comments:

Get your Tickets now!