Chat With Us LIVE!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, September 6, 2012

PENUNGGU Pulau Besar (dari buku Firasat: Rahsia Mengenal Diri Sendiri cetakan ke-4, 1999)


Kemasyhuran, kemuliaan dan kebesaran ada pada Almarhum Syeikh Ismail atau Sultan Ariffin keramat Pulau Besar, tidak akan menjadi ‘obstacle’ pada cita-cita dan visi Rahim. Almarhum termasyhur kerana kemuliaannya mengenai ‘Sufism’ atau Tasauf’. Sayangnya ‘karamah’ yang ada padanya hanya diketahui oleh sebahagian manusia yang mempelajarinya dan meminatinya sahaja, yang lain menganggap ‘karamah’ ini sama seperti ‘karamah’ pada batu, pokok dan benda karut. Maka masyarakat menjadi salah anggap terhadap keramat Pulau Besar yang tidak berdosa kepada sesiapa.
Pulau Besar di Laut Selat Melaka



4hb September 1991, Pak Habib bersama Pengurus Besar Tapa-Nyai Resort, saudara Masauf dan pekerja-pekerjanya, jurugambar dan pemberita media massa dan elektronik serta ahli politik negeri Melaka berdiri di atas jeti Pulau Besar menunggu ketibaan Perdana Menteri yang akan merasmikan Tapa-Nyai Island Resort.



Dr. Mahathir dan jemaah menteri kabinet dan rombongan mereka terlambat hampir dua jam akibat motor boat yang mereka naiki terkandas. Sebaik sahaja memotong riben, Che Det bersalaman dengan Pak Habib. Perkataan pertama yang terkeluar dari mulutnya ialah:

“Nak tulis apa pula ni?,” beliau bercakap sambil berjalan. Pak Habib percaya Che Det mengikuti ruangan Pak Habib di Mingguan Waktu.

Pak Habib dan Che Det makan malam bersama


Tan Sri Rahim Tamby Chik, YB Ali Rustam dan Pak Habib mengiringi Dr. Mahathir hingga ke Pulau Besar di mana penduduk Melaka sedang menunggu.


Pak Habib merenung Tan Sri Rahim Tamby Chik

Pak Habib sampai jauh lebih awal dari rombongan mereka. Pak Habib berbaju hijau ‘hijau keramat’ bila ditanya oleh jemaah menteri yang mengenali Pak Habib.

“Buat apa di sini?”. Pak Habib jawab, “Saya kan dah jadi Penunggu Pulau Besar.” Pak Habib harap dan mendoakan agar mereka yang datang, pulang dengan selamatnya.

Dalam bulan Julai 1991, Pak Habib ke Melaka untuk menemui Tan Sri Rahim Tamby Chik yang baru kembali dari Chile. Rahim adalah kawan lama Pak Habib. Bila lama tak jumpa tentu ada banyak cerita, terutama mengenai ‘kemarau’, yang menjadikan bumi Melaka kering kontang. Banyak yang meletakkan sepenuh kesalahan di bahu Rahim kononnya disebabkan Rahim merobohkan ‘Keramat Pulau Besar’, bala telah menimpa negeri Melaka. Apakah dosa ini Rahim seorang sahaja yang mesti menanggungnya? Bagaimana dengan umat Islam yang lainnya?

Rahim beruntung mendapat kepercayaan sepenuhnya dari Dr.Mahathir. Rahim berani, dia mempunyai visi dan perancangan untuk memajukan negeri Melaka. Dia tak peduli sesiapa pun. Yang penting pentadbirannya adalah yang terbaik kalau dibandingkan dengan Ketua Menteri sebelumnya. Adat dunia bila ramai yang memuji tentu ramai pula yang tak suka dan mengeji.

Dengan keberanian yang ada pada dirinya, Rahim mampu mengubah Melaka. Kini Melaka menjadi tumpuan pelancong. Kubu Porta de Sentiago (A Famosa), bangunan merah Stadhurst dan Rahim telah membangunkan replika Istana Kesultanan Melayu abad ke-15. Melaka 600 tahun lalu adalah tempat pertemuan kebudayaan Timur dan Barat.

Stadhurst Church di Melaka


Bulan Ogos 1985, Pak Habib telah menulis sebuah buku mengkritik Rahim. Buku tersebut bernama “Hantu Bukit Cina”. Satu keistimewaan Rahim, dia tidak berdendam dan memusuhi Pak Habib. Pak Habib menghormatinya kerana jiwa besar yang ada padanya dan kami masih berkawan seperti dulu juga.

Tengahari 21hb Julai, Rahim menelefon Hotel Ramada, tempat Pak Habib menginap di mana Pak Habib menjadi tetamu Ketua Menteri, Rahim menjemput Pak Habib makan tengahari dengannya. Pak Habib bercerita padanya bahawa nama buku terbaru Pak Habib adalah Mungkin Airlah Yang Berjaya. Rahim terkejut mendengar bahawa ‘Airlah yang akan menang’, pada sangkaannya Rahimlah yang menang akhirnya kerana kedudukan dan kuasa kini berada di tangannya.

Seandainya Rahim berada di zaman Kesultanan Melayu Melaka, tentu beliau dipanggil ‘Tuanku Abdul Rahim’ kerana gelaran “Tuanku” diberikan kepada orang yang terkenal. Kita juga tidak hairan kiranya di pangkal nama Rahim ada perkataan DYMM Tuanku Abdul Rahim dan tidak mustahil seperti adat raja-raja Melayu, beliau juga akan disembah.

Yang menyedihkan hati Pak Habib, biarpun kuasa agama berada di tangan TYT Gabenor namun TYT seolah-olah tidak ambil tahu apa yang berlaku terutama yang berkaitan dengan agama sedangkan semasa Saiyidina Umar ibn Khattab r.a menjadi gabenor (khalifah), beliau bertanggungjawab walaupun ke atas seekor kambing yang mati di bawah tanggungjawabnya.

Datuk Mufti Negeri bukan boleh harap sangat, orang sudah ‘pencen’ diambil semula bekerja dari tahun ke tahun. Seandainya Mufti hidup di zaman Umar r.a, tentu beliau kena tempeleng seperti apa yang telah berlaku terhadap Abu Hurairah r.a.

Berkata Umar r.a:

“Apabila tergelincir orang yang berilmu, maka tergelincirlah segenap alam dan makhluk”


Maka kita tidak hairan kiranya hajat Tan Sri Rahim membangunkan Melaka dipersetujui seluruhnya tanpa sedikit pun tentangan oleh mufti dan para ulama walaupun terdapat school of thought yang berbeza. Namun dalam masa yang sama, umat Islam terus bermusuh-musuhan kerana perbezaan pemikiran. Apakah kerana perbezaan pendapat ini kita harus terus hidup berbalah sesama sendiri yang akhirnya mati kesan sejarah Islam, luput di muka bumi.

Inilah zaman yang dari dahulu kita takuti, sebagaimana diterangkan dalam qaul (perkataan) Kaabah dari Ibnu Mas’ud, berkata Umar r.a:

“Apabila engkau lihat seseorang yang berilmu mencintai dunia, maka curigailah dia mengenai agamanya! Kerana setiap orang yang mencintai sesuatu akan menyibukkan diri dengan apa yang dicintainya itu”

A Famosa di Melaka

Melaka dulu adalah Pusat Perdagangan yang terkenal di seluruh dunia. Pusat pemerintahan dan kuasa politik berada di tangan Melayu. Melayu yang pernah menjadi satu bangsa yang besar, yang dikagumi serta dihormati tetapi akhirnya disebabkan sikap sultannya yang hidup bermaharajalela, Melaka lenyap dari sejarah hingga kita mencapai kemerdekaan.

Pelabuhan Melaka Tua


Apakah tak mustahil kiranya orang Melayu terus terlupa bahawa kekuasaan dan kebesaran adalah milik Tuhan? Melayu akan jadi macam masyarakat Portugis yang kini tinggal di Portugis Settlement, padahal satu masa dulu mereka menjadi tuan di negeri ini.

“Sejarah telah membuktikan bagaimana bangsa seperti Babylonia, Assyria, Macedonia, Carhgenia yang begitu kuat dan maju telah hilang dari muka bumi ini, sudah tentu bangsa yang lemah seperti orang Melayu akan lebih mudah terhapus jika mereka kurang faham tentang kuasa-kuasa yang ada pada mereka dan kerana terdorong oleh nafsu, menyalahgunakan kuasa itu.”

(Menghadapi Cabaran – Dr.Mahathir)


Melaka kini sudah mempunyai bandar kembar dengan Amerika Selatan dan lain-lain negara di dunia. Rahim telah membawa kemasyhuran ke negara ‘Hang Tuah’, lagenda Melayu yang hanya tinggal nama. Sayang seribu kali sayang kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Nak cari untung sekarung, rugi seguni. Inilah yang ditakuti apabila membinasakan budaya kubur, mematikan budaya Islam yang telah hidup bertahun lamanya kerana terlalu ghairah mencari untung melalui pelancongan.

Kemasyhuran, kemuliaan dan kebesaran ada pada Almarhum Syeikh Ismail atau Sultan Ariffin keramat pulau Besar, tidak akan menjadi ‘obstacle’ pada cita-cita dan visi Rahim. Almarhum termasyhur kerana kemuliaannya mengenai ‘sufism’ atau tasauf’. Sayangnya ‘karamah’ yang ada padanya hanya diketahui oleh sebahagian manusia yang mempelajarinya dan meminatinya sahaja, yang lain menganggap ‘karamah’ ini sama seperti ‘karamah’ pada batu, pokok dan benda karut. Maka masyarakat menjadi salah anggap terhadap keramat Pulau Besar yang tidak berdosa kepada sesiapa.

 
Ahli hikmah ada berkata:

Manusia memusuhi apa yang dia tidak tahu.


Firman Allah:

Sesunggunya semulia-mulia kamu di sisi Allah itu ialah orang yang paling bertaqwa kepadaNya.
 (Al-Hujurat, 49:13)




Tidak ramai yang dapat tahu sejarah Syeikh Ismail ‘wali Allah’ sebagai orang kerohanian yang hampir dengan Allah s.w.t. Sebagai ‘rijalullah’ atau ‘rijalul ghaib’, peranannya amat simbolik dan sukar difahami menerusi bahasa dan pengertian yang zahir. Tugas Syeikh Ismail amat besar, semasa hayatnya beliau banyak berjasa dan memainkan peranan mengamankan lanun di Laut Selat Melaka. Jauh lebih penting dari Nyai Anjus Moro, Puteri Gunung Ledang yang kononnya dipercayai sebagai orang pertama yang menjejakkan kaki ke Pulau Besar. Lupakah kita betapa terseksanya rakyat Melaka bila Sultan berhajat hendak berkahwin dengan Puteri Gunung Ledang? Tapi akhirnya wanita juga mewarisi kemasyhuran, kesan kakinya dijadikan Tapa Nyai Resort.

 

St.Paul
Keramat-keramat Kristian; St.Paul, St.Xavier dan lain-lain dijaga baik kerana wali-wali Kristian ini adalah kesan sejarah Portugis menjajah Melaka.

St.Xavier


Yang jadi salah ialah bila yang datang itu memikirkan kubur itu yang makan makanan, kubur keramat itu yang menyempurnakan permintaan dan hajat mereka. Orang yang jahil ini mesti diberi pandangan tentang apa itu keramat, buka ditangkap dan dihukum.

Apakah ini zamannya di mana segala kebenaran ditolak sedangkan kezaliman dan kejahatan mendapat sambutan?

Apakah kerana takut kononnya orang Islam akan sesat oleh perbuatan kurafat maka Majlis Agama Islam menghancurkan kawasan perkuburan dan bangunan serta tidak membenarkan umat Islam bersembahyang di masjid yang baru dicat waktu pembukaan Tapa Nyai?
Pak Habib fikir Dr.Mahathir merestui perbuatan macam ini. Kalau nak Ampusikum’, ampulah boss tetapi nak ampu bos pun takkan sampai macam itu punya zalim sekali? Dr.Mahathir pernah menziarahi makam Imam Bukhari semasa lawatannya ke Uzbekistan, USSR.

Mana lebih baik, menziarahi kubur yang dianggap sebagai kurafat atau membawa maksiat ke pulau? Lee Kuan Yew masa jadi Perdana Menteri tidak menyentuh kubur Keramat Habib Noh Al-Habsyi di Palmar Road. Lee membiarkan Majlis Agama Islam memperbaiki dan mengindahkannya. Minyak dengan air tidak akan bercampur.

Makam Habib Noh adalah satu tarikan pelancong yang sering diziarahi oleh orang ramai dan umat Islam di sekitar Asia untuk mendapat keberkatan daripada kewaliannya.

Makam Habib Noh Al-Habsyi

Makam Habib Noh Al-Habsyi di Jalan Palmer, Singapura


Makam Imam Bukhari di Uzbekistan
Makam Imam Syafie di Iraq


Bukankah menziarahi kubur itu sebagai memenuhi seruan Rasulullah s.a.w? Menziarahi kubur dapat mengingatkan mati (zikrul maut).

Sheikh Abdul Qadir Jailani

Apa salahnya keramat Syeikh Ismail dijadikan tarikan pelancong? Baghdad kota hiburan seribu satu malam, terdapat banyak makam wali Allah termasuk juga makam Syeikh Abdul Qadir Jailani, sultan awlia. Begitu juga makam karamah di negara lain termasuk negara komunis, mereka tidak bertindak seperti Majlis Agama Islam Melaka.

Saddam Hussein
Presiden Saddam Hussein sentiasa menjaga makam karamah dengan baik padahal kerajaannya adalah sosialis. Mungkin akibat memuliakan wali Allah, Amerika dan 28 negara lain gagal menewaskannya.

Di bandar Kaherah saja terdapat berapa banyak makam karamah yang sentiasa dizarahi oleh umat Islam. Makam Syed Ahmad Al-Kafeel, di mana terdapat kubur King Farouk, Shah Iran dan makam Imam Syafie.

Imam Syafie


Mohd Reza Pahlavi, the last Shah from Iran












Yang peliknya, kenapa ulama kita hari ini lebih heboh dengan menziarahi makam, sibuk nak tangkap orang-orang yang ‘berzikir’ dalam gelap daripada mengkritik dan menegah pemimpin-pemimpin mereka yang menari dan mabuk-mabuk di disko dan kelab-kelab malam sedangkan itu adalah satu kemungkaran yang cukup besar?


Shah Iran diiringi Almarhum DYMM Sultan Idris Shah II




Ulama siang hari susah hati, orang pergi membayar nazar, sembelih kambing dan menjamu orang makan. Padahal mereka buat kenduri di hari pertama hingga hari yang ketujuh, hari ke-40 dan 100 bila keluarga mereka mati tak mengapa. Bila ditanya, itu kenduri arwah. Ini semua double standard punya kerja.

Semoga kejadian Air tidak turun dari langit dan air tidak mahu keluar dari bumi boleh memberikan kesedaran kepada mereka sebagai bala dari Allah akibat umat Islam tidak melakukan apa yang telah diamanahkan kepada mereka, tidak menyeru manusia supaya berbuat baik dan mencegah kemungkaran.



Mungkin kemarau ini sebagai bala akibat dosa-dosa kita semua yang tidak menunaikan tanggungjawab kita sebagai orang yang beriman kepada Allah s.w.t.

"Dan wahai kaumku, mintalah ampun kepada Tuhan kamu. Kemudian kembalilah taat kepada-Nya supaya Ia menghantarkan kepada kamu hujan lebat serta menambahkan kamu kekuatan disamping kekuatan kamu yang sedia ada. Dan janganlah kamu membelakangkan seruan-Ku dengan terus membuat dosa."
(Hud, 11: 52)


Ayat ini jelas menunjukkan bahawa kebanyakan ‘bala’ yang diturunkan Allah itu adalah disebabkan oleh kesalahan dan dosa-dosa yang dilakukan oleh manusia. Tetapi dalam pada itu kerana sifat menurunkan kesemua ‘bala’ itu dan sifatnya yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang maka banyak dosa-dosa manusia itu diampunkanNya.

Ketika Allah menurunkan ‘bala’ di atas bumi, ‘bala’ itu bukan saja mengenai orang yang melakukan dosa tetapi juga mengenai orang yang tidak berdosa. Dalam hal ini semua akan mendapat bahananya.

Hal ini dinyatakan oleh Allah melalui firmanNya dalam surah Al-Anfal, ayat 25 yang bermaksud:

“Dan janganlah kamu daripada (berlakunya) dan (yang membawa bala dan bencana) yang bukan sahaja akan menimpa orang zalim antara kamu secara khusus (tetapi akan menimpa kamu secara umum) dan ketahuilah betapa maha berat seksaNya”


Oleh itu dalam hal ini, Allah telah menganjurkan supaya manusia memperbanyakkan ‘istighfar’ dan selalu meminta ampun kepada Allah dan berhenti dari melakukan dosa supaya kejadian ‘bala’ dan bencana tidak berlaku dan menimpa kita.


Hanya Engkaulah Yang Kami Sembah
Dan Hanya Kepada Engkaulah
Kami Memohon Pertolongan


cetakan ke-4 1999)




3 comments:

MY MISHA MY ORCHID said...

Kenapa tiba-tiba timbul cerita Pulau Besar ni Pak Habib?

Fatimah said...

This is an excellent article on the need to preserve the graves of our ulamas and you certainly exposed the illogic of the powers that be who seek to destroy our historical landscape which are too few in numbers. The graves of our ulama bear testimony to Islam setting foot in this part of the world which is part of our precious memory of the past. To demolish the graves is liken to erase our history and weaken our own identity and unwittingly we have played into the hands of our seen and unseen enemies The powers that be owe it to them selves to expand their religious horizons on Sufism in general and tawassul more specifically. But at the end of the day, our greed surpasses everything else in our lust to pursue big bucks, as the say in vulgar American English. Intangibles such as koramah and barakah have no consequence to them except to the poor and desperate who struggle more each day as the vestiges of Sufism is eroded with the rise of Wahhabism.

awang cutter said...

Assalamualaikum,
Maaf boleh saya tahu di mana boleh saya mendapat gambar pelabuhan melaka tua?

Terima kasih.

Get your Tickets now!