Chat With Us LIVE!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, December 20, 2009

SHALATTAS - 22 - Perang Di Parit Raja - 1991

SHALATTAS - 22 - Perang Di Parit Raja - 1991





















PEGUAM SIFATKAN MUSA SEBAGAI SAKSI TAK BOLEH DIPERCAYAI
KUALA LUMPUR 20 Jun – Bekas Timbalan Perdana Menteri, Dato’Musa Hitam hari ini disifatkan sebagai seorang saksi yang tidak boleh dipercayai kerana gagal member jawapan yang tepat berhubung peristiwa Memali dan wang $1 juta yang diterimanya untuk Tabung UMNO Johor.
“Dato ‘Musa juga mengelakkan diri daripada memberikan jawapan yang tepat berhubung dua buah syarikat, Dapat Sdn. Bhd. Dan Bakland Sdn. Bhd”. Hujah Encik Abdul Razak Ahmad.

Beliau yang mewakili pengarang buku “challenger” siapa lawam siapa, Syed Hussien Al-Attas, berhujah demikian sewaktu menjawap hujah-hujah yang dikemukakan oleh peguam Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad bagi pihak Dato’ Musa.

Bekas Timbalan Perdana Menteri itu menyaman Syed Hussien menuntut gantirugi ekoran fitnah yang beliau dakwa terkandung di dalam buku tersebut. Saman itu dikemukakan lebih tiga tahun lalu.

Syarikat Alnujum Sdn. Bhd. yang menerbitkan buku itu dan Pencetakan Dan Perniagaan Berlian Sdn. Bhd. juga dinamakan sebagai defendan dalam tuntutan beliau itu.

Peguam Abdul Razak berhujah, mahkamah hanya mendengar keterangan Dato’ Musa bahawa beliau telah menyerahkan wang $1 juta yang diterimanya daripada Clement UMNO Johor ketika itu, Encik Daud Taha.

Bagaimanapun, tidak ada sebarang keterangan lain yang boleh menyokong pernyataan Dato’ Musa.

“Walaupun pada mulanya kes wang $1 juta itu disiasat oleh Badan Pencegah Rasuah, ia akhirnya dihentikan secara mendadak atas arahan ketua pengarangnya,” hujah Encik Abdul Razak.

Oleh yang demikian, tambah beliau, tidak ada sesiapa pun yang tahu kemana perginya wang $1 juta itu dan ini membuktikan kebenaran kandungan buku tersebut bahawa rasuah memang berlaku.

Peguam itu berhujah, kandungan “challenger” Siapa Lawan Siapa harus difahami keseluruhannya dan tidak dibaca satu perenggan ke satu perenggan yang lain.

“Apa yang penting ialah kefahaman para pembaca yang kebanyakkannya terdiri daripada masyarakat Melayu. Maksud penulis atau niatnya bukanlah perkara yang harus dipertikaikan.” Hujah beliau.

Encik Abdul Razak berkara, mahkamah hanya boleh menimbangkan soal liability dan gantirugi setelah mengenalpasti lima perkara yang timbul daripada tuntutan Dato’ Musa.

Perkara-perkara itu ialah :-

• Sama adaperkataan-perkataan itu dalam pengertian biasa dan sebenar merupakan fitnah terhadap plaintif;
• Jika jawapannya ‘ya’ adakah ia boleh dianggap sebagai merendahkan taraf plaintif;
• Sama ada perkataan – perkataan itu merupakan komen berpatutan berhubung perkara yang melibatkan kepentingan umum;
• Sama ada terdapar justifikasi bagi pihak defendan apabila perkataan-perkataan itu diterbitkan di dalam buku berkenaan; dan
• Sama ada defendan berniat jahat sewaktu menerbitkan perkataan-perkataan yang didakwa memfitnah plaintif. Perbicaraan disambung esok.





Perang di teluk sudah selesai. Biarpun Saddam Hussien tidak mengangkat ‘bendera putih’, tapi huru hara telah timbul di Iraq. Mereka kini berperang sesame sendiri. Begitulah juga di Malaysia. Biarpun Pilihanraya umum dan Perhimpunan Agung UMNO sudah selesai, namum peperangan terus juga berlarutan dalam perkampungan UMNO.
S46 mula-mula angkat bendera putih di Parit Raja. Seandainya calun Bebas Hamdan Yahya menang ketika itu, UMNO sudah hancur di bawah permainan politik Dr. Mahathir, Mohamad Rahmat dan Mustapha Mohamad. Akhirnya anak Jawa yang setia pada pemimpin tersingkir jua. Sampai bila anak-anak Jawa mesti terus menerus jadi mangsa permainan politik elit Melayu Johor?

Sikap berpuak-puak dan kenegerian yang diamalkan dalam UMNO adalah punca utama perpecahan dan kematian UMNO yang bermula dalam tahun 1987. Sindrom yang sama masih berlarutan dengan kemasukkan S46 secara beramai-ramai.

Siapakah orang yang telah memulakan kemungkaran dan kedurjanaan politij ‘orang-orang’ ini? Ahli Parlimen mana yang mula-mula letak jawatan dan bertanding atas tiket S46 menentang Dr. Mahathir

Rakyat hari ini keliru apabila ada dakwaan bahawa Musa Hitam sudah berbaik-baik dengan Ghafar Baba, berbaik juga dengan Anwar Ibrahim untuk kembali ke dalam cabinet. Apakah Musa Hitam masih ada peluang untuk jadi Perdana Menteri? Bagaimana akhirnya peperangan antara RMJ dan PAJAR? Siapakah yang akan menguasai politik Johor dan siapakah bakal pengganti Dr. Mahathir.

ISI KANDUNGAN
BAHAGIAN PERTAMA
MUKADIMAH
1. Panglima Parit Raja
2. Parit Raja Di Filemkan
3. Post Mortem 1990
4. Anak Didik Musa
5. Faktor Jawa Dalam Politik Johor
6. Mengamuk Dan Melatah Di Dalam Perkampungan Politik
7. Mengapa Dr. Mahathir Jadi Tak Popular?
8. Kemana Akhirnya Musa Dan Ku Li?
9. Terhutang Budi Tergadai Bodi
10. Sang Rajuna Tapa Menjelma Di Parit Raja
11. Bangun, Jatuh dan Jatuh Lagi Musa Hitam
12. Sultan Mahmud Dan Laksamana Bentan Hidup Semula
13. Ada Samseng Di Parlimen
14. Yang Penting Menang
15. Shahrir lawan Melayu
16. Wakil Rakyat Cuci Pinggan
17. Terbang Pun Kalau Dah Kambing, Kambinglah
18. Politik Azazil Politik Syaitan

BAHAGIAN KEDUA
1. Anak Wak Kamari Jadi Pemimpin
2. Anak Wak Kamari (Bahg. 2)
3. Rancangan Musnahkan Jawa
4. Apa Kata Datuk Jalal?
5. Nujum Razak Jadi Kenyataan
6. Jawa Tentukan Kemenangan
7. Anak Pak Hitam Lawan Pak Seman
8. Tiga UMNO Wujud Di Johor
9. Kenapa Hamdan Kecundang?
10. Siapa Mengugut Siapa?
11. Pintu UMNO Terbuka Satu Sandiwara?
12. Tragedi Komedi, Trage Komedi
13. Penglipur Lara Perpaduan Melayu
14. Shahrir Oh Shahrir
15. Bicara Kes Buku Challenger
16. Syed Hussien Kena $100,000
17. $100,000 Siapa Bayar?
18. Hak Perwakilan Hapus Politik Sumpah-sumpah
19. Taukeh Kuda, Ditendang Kuda
20. Ghafar, Tayar Buruk, Ayam Togel
21. Musuh Dalam Selimut
22. Kata Penutup

No comments:

Get your Tickets now!