Chat With Us LIVE!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, December 20, 2009

SHALATTAS - 20 - Wanita Takhta Dan Kuasa - 1989

SHALATTAS - 20 - Wanita Takhta Dan Kuasa - 1989





SHALATTAS

Wanita Takhta Dan Kuasa
















Tal. J.B. 3244 JABATAN DI-RAJA
ISTANA BESAR,
JOHOR BAHRU




Bil....... ............19

Y.M. Syed Hussien bin Alwee Al-Attas
c/o. Nadzir Madrasah AL-Attas Arabian,
Johor Bahru



Bersama2 ini ia-lah kata-kata aluan yang telah di-perkenankan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor bagaiman yang di-hajatkan oleh surat tuan yang bertarikh 14hb. September, 1970 itu.

Sekian-lah ada-nya




(Sulaiman bin Mohd. Salleh)
Setiausaha sulit Kepada
D.Y.M.M Sultan Johor.

















ISTANA BUKIT SERENE
JOHOR BAHRU
MALAYSIA



TITAH PERUTUSAN DULI YANG MAHA
MULIA TUANKU SULTAN JOHOR.

Saya kenal kepada Allahyarham Dato Syed Hassan bin Ahmad Alattas (Dato kapada pengerang "Suara Alattas), Pengasas Madrasah Arabiah yang mashor ini. Dalam masa hayat-nya, Allahyarham telah banyak menghabiskan masa hidup-nya di-dalam membuat amal kebajikan dan jasa2 baik-nya telah dapat di-nekmati oleh umat islam di-negeri ini.

Selain dari itu Allahyarham telah juga banyak membuat amal bakti kepada orang ramai. Jasa baik-nya kapada Negeri Johor memang patut di-kenang dan menjadi tauladan kapada yang lain2 yang chintakan negeri ini.

Saya berasa bangga di-atas usaha yang sedang di-jalankan oleh pengarang "Suara Alattas" dan saya perchaya dengan terbit-nya buku ini di-tengah2 mesharakat nanti, akan menjadi satu chontoh yang baik kapada hartawan2 yang lain supaya menunjokkan ta'at setia dan chinta mereka kapada Raja dan Negara dengan mengorbankan sa-bahagian dari harta kekayaan mereka kapada tanah ayer yang di-chinta.

Akhir-nya saya suka menguchapkan maju jaya, dan kekal-lah kemashoran Madrasah Al-Attas Arabiah yang telah banyak berjasa ini.


D.Y.M.M. SULTAN ISMAIL IBNI AL-MARHUM SULTAN IBRAHIM
D.K.. S.P.M.J D.M.N, S.M.N., S.P.M.K..
D.K..(Brunei), D.K. (Pahang) DLL..
SULTAN JOHOR



BERTARIKH 5HB, OKTOBER, 1970















SETIA USAHA SULIT KPD,
D.Y.M. SULTAN PAHANG
PRIVATE SECRETARY TO H.R.H.
THE SULTAN OF PAHANG



Tuan Syed Hussien bin Alwee Alattas,
Madrasah Al-Attas Al-Arabiah,
Johor Bahru.


TUAN,




Ada-lah di-ma'alomkan berhubong dengan surat tuan yang bertarikh 13hb. Oktober, 1970 telah di-terima oleh kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, maka bersama ini saya serta-kan titah Duli Yang Maha Mulia untok di-masokkan di-dalam "Suara Al-Attas".

Demikian-lah di-ma'alomkan



Yang menjujong titah,


Setia Usaha Sulit
kpd. D.Y.M.M. Sultan Pahang.
(DARUS BINN HAJI SA'AD. PJK)












ISTANA ABU BAKAR
PEKAN,PAHANG

Bertarikh 26 Oktober 1970.





Titah Perutusan Duli Yang Maha
Mulia Tuanku Sultan Pahang





Beta mendapat tahu dan kenal dan ada di-dalam pandangan dan perhatian beta kapada Madrasah Al-Attas Al-Arabiah, Ketapang, Pekan semenjak usia beta maseh remaja lagi, dan beta di-beri ma'alom bahawa Allah Yarham Tuan Syed Hassan Al-Attas sebagai jawatan pertama pengembang ugama Islam di-Negeri Pahang pada zaman pemerentahan Al-Marhum Sultan Ahmad dan beliau ada-lah di-hormati dan di-sayangi oleh baginda Sultan Ahmad, dan dengan limpah kemurahan Baginda telah mengurniakan sa-bidang tanah yang luas menjadi (Concession) milek bertempoh kapada-nya, dan allah Yarham telah menetapkan satu kawasan tanah untok keperluan ugama dan di-dirikan pada-nya sa-buah Madrasah Al-Attas Al-Arabiah Kampong Ketapang dan baki-nya telah di-tanam getah hasil-nya menjadi perbelanjaan para guru2 nya. Apa yang beta dapat tahu bahawa ada beberapa orang murid2 keluaran Madrasah itu julong2kali-nya maseh ada berkhidmat sebagai guru dan lain-nya berbagai2 jawatan kanan di-dalam Negeri Pahang khas-nya, dan ia-lah Madrasah Bahasa Arab yang pertama sekali di-dirikan di-Negeri Pahang, hingga di-ambil aleh oleh Kerajaan beta pada masa ini di-bawah tadbir Kerajaan yang di-bawah jagaan Pejabat Ugama Pahang bagi melanjutkan Jasa2 Allah Yarham yang menjadi amal jariah-nya.

Beta dan ra'ayat beta terhutang budi kapada Allah Yarham, muga2 Tuhan chuchurkan rahmat-nya kapada roh beliau, dan juga beta uchapkan terima kaseh di-atas jasa2-nya itu sebagaimana kata pepatah Melayu:

"Harimau mati meninggalkan belang
Ma'anusia mati meninggalkan jasa dan nama".

Terima Kaseh, ada-nya


istana Abu Bakar
Pekan, Pahang.








Sultan sedih… teramat sangat. Malu…dan murka, apakah Mohd Taib (Mike Tyson) terpaksa meletakkan jawatan disebabkan mengahwini Puteri Raja yang sudah tiga kali janda?


Krisis politik dalam masyarakat manusia di mana-mana pun di atas bumi ini tidak akan habis selagi manusia tidak mahu mengikut perintah Allah dan Rasulnya, tetapi manusia sering terpengaruh kepada WANITA TAKHTA dan KUASA
Masalah Sultan Kelantan, dengan Tan Sri Mohd Yakkub masih belum selesai, Sultan masih lagi ‘murka’ kini timbul satu lagi masalah ISTANA DAN RAKYAT. Bacalah dengan nama Allah. Untuk mengetahui nasib Sultan, nasib Puteri Raja dan Mohd Taib (Pak Belalang) yang sudah menjadi menantu raja.






ISI KANDUNGAN

Mukadimah

Bahagian Pertama

W A N I T A

1. Kalaulah Wanita Dapat Melihat Dan Berfikir
2. Permata, Wanita dan Harta
3. Fitnah Wanita
4. Wanita Harta Dan Takhta
5. Tuan Tidak Mahu?
6. Wanita Pertama
7. Soekarno DI Celah-celah Wanita Dan Berkuasa
8. Dialog Poligami Dengan Bapa Poligami
9. Wanita VS Poligami
10. Bab Main Kahwin-Kahwin


Bahagian Kedua

T A K H T A

1. Tuanku, Raffles Dan Istana Buckingham
2. Revolusi Raja Dan Rakyat
3. Raja Lekuk Raja Kelawar
4. Revolusi PAS VS Revolusi Islam Iran
5. Pembunuh Bangsa Sendiri


Bahagian Ketiga

K U A S A

1. September Hitam
2. Ulama Siang Ulama Malam
3. Kaca Jatuh Ke Batu
4. Bapa Borek Anak Rintik
5. Mike Tyson Jadi Mangsa?
6. Kuasa Dan Aliran
7. Penyalahguna Kuasa Rakyat
8. Ulamak Atau Juhala Dalam PAS
9. Sumpah Makan Diri
10. Ekonomikah Matlamat Kita
11. Sebodoh-bodoh Lembu
12. Member Kena Main
13. Ditelan Mati Emak
14. S.H Alattas Jadi Sasaran

No comments:

Get your Tickets now!